Akhlak seorang ulamak

- Advertisement -

ILMU agama yang mulia hendaklah sentiasa digandingkan dengan akhlak yang mulia, kerana itulah tugas menjaga agama Allah S.W.T ini diletakkan di atas bahu para ulamak yang berakhlak ‘udul dan thiqah.

- Advertisement -

Ulamak dan dai yang menyeru kepada kebaikan dan menjadi teladan masyarakat akan dilihat dahulu bagaimana kegiatan kesehariannya dan muamalahnya. Kalau kita perhatikan akhlak para ulamak terdahulu, kita akan dapati mereka sangat menitikberatkan adab dan akhlak seiring dengan ilmu.

Abdullah bin Mubarak Rahimahullah berkata:

طلبت الأدب ثلاثين سنة وطلبت العلم عشرين سنة، كانوا يطلبون الأدب ثم العلم

“Saya mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan saya mempelajari ilmu (agama) selama dua puluh tahun, dan adalah mereka (para ulamak salafussoleh) memulai pelajaran mereka dengan mempelajari adab terlebih dahulu kemudian baru ilmu.” 

[Ghayat al-Nihayah fi Thabaqat al-Qurra, 446].

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

إنَّما بُعِثتُ لأُتمِّمَ صالِحَ الأخلاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” 

[Riwayat Ahmad (8952). Dinilai sahih oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’ut].

Tujuan Nabi S.A.W diutus adalah untuk memperbaiki dan menyempurnakan akhlak manusia. Maka, menjadi tugas para agamawan untuk memartabatkan adab lalu mencerminkan akhlak yang baik kepada masyarakat, barulah ilmu agama itu dapat dilihat keindahannya.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 12/5/2022

- Advertisement -