Perlukah tukar PAS kepada Umno di Kelantan?

Siapa bakal MB Umno, Jazlan itukah?

- Advertisement -

MENIPU ni banyak segi. Ada yang tipu secara rasmi macam Umno buat dekat Kelantan bermula tahun 1990 dulu. Mereka sekat peruntukan pembangunan air di Kelantan. Ini tipu atas darat tuan-tuan. Demo memerintah Pusat, tapi aniaya negeri-negeri di bawah kuasa Federaslisma. 

- Advertisement -

Kita bertungkus lumus nak selesaikan masalah air di Kelatan. Masa kita berpeluh buat kerja, mari Umno alikbelakang, nyo sepak punggung kita duk kata macam-macam. Duk kata kita tak buat kerja. Duk kata kita tidur saja 30 tahun. Duk kata puak PAS kan ada Menteri KASA, duk dalam Kerajaan Pusat.

Hey Umno, mu merintah berapa puluh tahun? Sebelum 1990 mu merintah Kelate, bakpo tak leh selesai masalah air masa tu? Ore angkat Projek Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU) bakpo mu bbatal selepas mu kalah 1990?

Pah 1990-2016 begapo sangat hak Umno tulung KelateTok soh buar la Umno. Di Kelate ni, rakyat kenal sapoUmno, bejupo tahi tepi jalan kita kenal selaluh tahi sapo.

Pah duk kata PAS ada Menteri KASA, eh berapa tahun baru PAS duk dalam PN? Masa 3 tahun ni dan kambus ko lube besar ‘lost development years’ hak Umno gali dulu?

Pah baso ‘trooper’ Umno duk ajar Kelate suruh buat sukuklah, ‘deferred payment’ lah, duk kata tak payah jadi Kerajaan Negeri kalu tak reti mikir lah. Ahh sedak mucung baso Trooper Najib alik Teganu nih. Mu sedak gomo bilion-bilion masuk akaun peribadi mung, tapi bila kecek hal kebajikan rakyat Kelate, mu ajar macam macam dih

Balik pada cerita asal Jazlan ni belawakAmbo perati lama dah, cuma malas nak komen lagi masa Jazlan duk ‘update‘ di FB dia pasal air di sinki rumah dia tubik ‘slow’.

Tak tahulah ambo meme pili paip rumah Jazlan lagutu ko, atau dia tak buka perabis ko ppalo paip tu, atau memedia belawak jah.

Buka palo paip sikit jah, pah nya sahih la air tubik kecik. Pahtu mu pun ‘update’ di FB tanya “rumah adik kakak lagumana”. Ni semua taktik murah.

Pah ore menipu, kecek belawok laguni, rakyat Kelate nak angkat jadi MB ko? Nak tukar PAS wi ko Umno? Ohhhhh balarrr dok pun.

SHAHID IZANI
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 11/5/2022

- Advertisement -