Projek naik taraf jalan lebih rancak tahun depan

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Projek baharu termasuk melibatkan kerja menaik taraf jalan raya di negeri ini akan berjalan dengan lebih rancak bermula tahun 2023.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir. Md Ridzwan Chik berkata, perkara itu dijangka akan mampu dilakukan apabila kerajaan meluluskan projek besar kepada pihaknya.

Katanya, kini terdapat 52 projek persekutuan dan 14 projek bersaiz kecil.

- Advertisement -

“Kita akan upgrade balik jalan-jalan rosak dan agak berbahaya kepada pengguna yang diistilahkan sebagai black spot dan juga jambatan-jambatan kecil akan dibesarkan.

“Seperti Jambatan Marang yang dijangka akan menjadi ikon baharu di negeri ini ia akan mampu memberikan keselesaan serta dan menyelesaikan masalah kesesakan yang berlaku selama ini terutamanya apabila tibanya musim perayaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran langusng di TV Darul Iman, Bicara Jabatan: JKR Peneraju Utama Teknikal Terengganu, di sini baru-baru ini.

Katanya dengan pelbagai pembangunan yang dijangka akan dilakukan pada tahun hadapan ia menjadi bukti bahawa Terengganu pesat membangun dan bertambah maju.

“Silap jika mengatakan Terengganu tidak maju, sedangkan sekarang ini sedang bersaing dengan negeri lain, insya-Allah JKR ada matlamat bagi membantu kerajaan negeri untuk terus mencapai kemajuan serta setanding dengan Kuala Lumpur.

“Kita sebagai agensi teknikal bekerjasama dengan kerajaan negeri, berperanan memberikan nasihat dan menerima apa-apa peruntukkan pembangunan yang disalurkan kepada JKR untuk melaksanakan projek-projek yang dirancang oleh kerajaan negeri.

“Amtara perancangannya ialah bandar baharu Kuala Nerus dimana ia akan menjadi pencetus serta platform untuk terus membangun,” ujarnya. – TRDI.my

- Advertisement -