Isu air: Umno Kelantan patut malu, bukan berlagak hero

Paip air bermasalah di Kelantan sejauh Malaysia ke negara India

- Advertisement -

KERANA itu Umno Kelantan tidak sewajarnya mempolitikkan isu air ini. Kerana Umnolah punca Kelantan terkebelakang dari segi jalan dan bekalan air. 

- Advertisement -

Atas nama penyatuan ummah, kita sebagai anak Kelantan telah cuba untuk melupakan segalanya. Diskriminasi, anak tiri dan pengabaian itu semua luka yang kami pendam. Diamkan sahaja. 

Hampir sahaja luka itu mahu sembuh, darahnya mulai kering dan meninggalkan parut, Umno Kelantan menghiris kembali dengan menjadikan isu air untuk menyerang Kelantan. 

Inilah hodohnya Umno. Jika kita tidak mahu dituding pada hal yang memang kita lakukan, jangan pula menyucuk luka lama. Makan penamparlah jawabnya. 

Begitu juga jika kita mahu dinilai dengan adil, maka sewajarnya Umno pun kena adil melihat usaha keras Kerajaan Kelantan menyelesaikan masalah air ini. 

Akibat diskriminasi Umno bertahun lamanya, sepanjang 4,006 kilometer (km) daripada 8,121km paip dalam keadaan rosak dan uzur dalam bumi Kelantan. Mengakibatkan air tidak berhasil (NRW) di Kelantan sebanyak 53 peratus.

NRW ni air bocor, kalau lepas air 100 liter di Kelantan, hanya 47 liter je sampai pada rakyat. Sebanyak 53 liter lagi tak tahu bocor pergi mana. Mudahnya begitu. Sekali lagi, inilah hasil kerja jahat Umno. 

Ya, tahun 2016 buka sejarah baharu. Tapi apakah dalam masa 5 tahun ini paip sejauh jarak Malaysia ke India itu boleh diselesaikan segera sehingga Umno Kelantan memulakan serangan?

Anda berbangga dengan penghapusan hutang sebanyak RM56 juta, walhal isu air di Kelantan memerlukan RM7 bilion. Lagipun duit itu bukan anda punya. Ibarat 20 tahun lebih kau pijak kami sampai patah riuk tangan, kaki dan tulang rusuk. Kemudian kau bagi RM50 suruh pergi hospital. 

Dan kau bangga sebab beri RM50 itu. Cis… Sepatutnya kau kena malu dan tak patut angkat muka bila lalu depan kami. 

Alhamdulillah, Kerajaan Kelantan terus bekerja keras untuk memastikan isu air ini dapat diatasi sekurang-kurangnya memenuhi keperluan 513 juta liter sehari (JLH). Jumlah keperluan ini dianggar akan meningkat kepada 1,100 JLH dalam 8 tahun lagi.

Intervensi dilaksanakan melalui dua kaedah:

i.    Kurangkan NRW dengan menukar paip lama dan uzur melalui pinjaman Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) 2018: 214km, 2019: 225km dan 2021-2023: 343 km. 

ii.   Membina 8 mini Loji Rawatan Air (LRA) baharu di bawah pembiayaan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dengan nilai RM49 juta iaitu di:

1. Teluk Mesira – (mula 2020) – 78 peratus siap

2. Ketereh – (mula 2020) – 99 peratus siap

3. Jelawat – (mula  2021) – 22 peratus siap

4. Wakaf Baharu – (mula 2021) – 89 peratus siap

5. Kampung Perol – (mula 2021) – 42 peratus siap

6. Meranti – (proses kenal pasti tapak)

7. Kedai Buluh – (proses kenal pasti tapak)

8. Tendong – (proses kenal pasti tapak)

Ya, isu air tidak mampu diselesai oleh negeri-negeri sendirian, perlu kepada bantuan Kerajaan Persekutuan. Oleh itu jangan lagi diskriminasi kami dan hina kami, bila Pusat berikan bantuan. 

Lihatlah bagi tempoh 5 tahun atau sepenggal (2018-2023) hanya 783km sahaja mampu diganti daripada 4,006km. Jikalah Umno berikan bantuan sejak 1990, 783km darab 5 penggal (1990-2013).  

Bukankah sudah 3,915km paip yang boleh ditukar? 

Sempena 9 Mei tarikh kejatuhan Umno di Malaysia, anda patut malu dengan rakyat Kelantan, bukannya mendabik dada. Shame on you Umno!

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 10/5/2022 

- Advertisement -