Allahyarham Hashim tokoh di sebalik penubuhan MN Kedah

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor merakamkan ucapan takziah atas pemergian Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Hashim Yahaya, 60 ke rahmatullah pagi tadi.

“Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai atas pemergiannya ke rahmatullah awal pagi tadi,” katanya di laman sosialnya hari ini.

- Advertisement -

Allahyarham yang juga Ketua Umno Kuala Kedah, antara tokoh yang terlibat secara langsung sehingga wujudnya Muafakat Nasional (MN) di negeri itu.

Arwah meninggal dunia di kediamannya di Pantai Johor, Alor Setar. Sebelum ini arwah dilaporkan menderita penyakit buah pinggang. Menurut laporan selepas menjalani dialisis semalam beliau dikatakan keletihan.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” kata Sanusi. – HARAKAHDAILY 7/5/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -