Tiada juadah istimewa sambut 1 Syawal

Foto hiasan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini yang agak mengejutkan sehingga menyebabkan ramai umat Islam tidak sempat menyediakan juadah istimewa memandangkan 1 Syawal lebih awal daripada tarikh jangkaan.

- Advertisement -

Berdasar kalendar hijrah yang mencatatkan 1 Syawal disambut esok, dan hari ini dikenali sebagai hari membuat ketupat.

Pengumuman 1 Syawal oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Melayu malam tadi menyebabkan sebahagian besar umat Islam menjadi panik, memandang ramai belum bersedia.

Seorang penduduk di Kuala Krai, Rahimah Yusof, 78, berkata, keluarganya membuat tempahan lauk hari ini untuk jamuan anak cucu yang pulang berhari raya.

Kata beliau anak cucunya tidak sempat hendak menyediakan juadah seperti yang dirancang memandang sambutan Hari Raya Aidilfitri lebih awal daripada jangkaan.

“Pagi ini anak makcik hanya sekadar menggoreng bihun untuk sarapan anak cucu yang pulang berhari raya dan jiran tetangga yang datang,” katanya ketika dihubungi.

Seorang pegawai kerajaan Azmi Mustafa, 54, berkata beliau terpaksa membawa anak membeli persiapan raya malam tadi dengan motosikal memandang jalan jam teruk.

Menurutnya pada peringkat awal beliau merancang membeli keperluan raya hari ini, namun terpaksa berkejar malam tadi ke Wakaf Che Yeh dengan motosikal memandang semua jalan utama di Kota Bharu sendat.

“Suasana jadi kelam kabut kerana hari raya disambut lebih awal. Situasi seperti ini jarang berlaku kerana kebiasaan penentuan hari raya lebih banyak menggunakan kaedah falak, ” ujarnya.

Bagaimana suasana 1 Syawal tetap meriah di mana masjid. surau dan musala penuh dengan kehadiran penduduk tempatan menunaikan solat sunat Aidiladha.

Malah musala (Masjid al Muhsinin) Kampung Belukar Jalan Telipot terpaksa menghampar tikar di luar masjid bagi menampung jemaah yang hadir. – HARAKAHDAILY 2/5/2022

- Advertisement -