Seindah Syawal bersama penghuni Rumah Seri Kenangan

- Advertisement -

Oleh UMMU ZAID

SERI ISKANDAR: 
Bagi memeriahkan lagi sambutan Syawal tahun ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah menziarahi penghuni Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar di sini, hari ini.

Program Seindah Syawal kali ini anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS egeri yang dipengerusikan Rohawati Abidin.

Seramai 95 penghuni telah menerima sumbangan kuih dan duit raya. Sementara dana untuk program telah diterima dari LKK DMP Pusat, negeri dan kawasan.

- Advertisement -

Majlis turut disertai Yang Dipertua PAS Kawasan Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mohd Taib.

Sepanjang Ramadan tahun ini, Dewan Muslimat PAS kawasan telah beberapa kali berpeluang untuk beriftar bersama warga emas di sini.

Rumah Seri Kenangan adalah di bawah pentadbiran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan penghuninya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang datang dari pelbagai negeri.

Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Dr Najihatussalehah Ahmad yang juga Ahli Lembaga Pelawat di situ turut hadir bagi meraikan rakan-rakan muslimat yang datang berkunjung membawa buah tangan.

Rata-rata penghuni sangat gembira dan bersyukur dengan kehadiran tetamu. Ada juga yang mengalirkan air mata selepas mendapat duit raya.

Mereka ditempatkan di Rumah Seri Kenangan selepas dirujuk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penguasa Rumah Seri Kenangan, NorAzlinda Ahmad Shaari mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan ingatan tersebut.

Menurutnya, Rumah Seri Kenangan sedang berusaha mencari dana bagi membuat taman atau landskap yang sesuai untuk penghuni beriadah dan beristirehat.

Beliau mengharapkan agar perkara itu dapat dipanjangkan kepada para dermawan yang sudi untuk menyumbang. – HARAKAHDAILY 30/4/2022

- Advertisement -