14 jalan alternatif atasi kesesakan di Pasir Puteh

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Sebanyak 14 jalan alternatif disediakan bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri minggu depan di jajahan Pasir Puteh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Ediansha Endal berkata, jalan-jalan berkenaan antara lain simpang Wakaf Lichong-Pasir Puteh-Machang-Grik-Kota Bharu, Kuala Besut-Tok Bali-Melawi-Kota Bharu, Pasir Puteh-Beris Lalang-Jelawat-Kota Bharu.

- Advertisement -

“Jelor-Gunong-Kota Bharu, Pasir Puteh-Wakaf Bunut-Kedai Menanti-Pak Badol-Melor, Pasir Puteh-Jerus-Kok Lanas, Pasir Puteh-Machang-Grik, Pasir Puteh-Telosan-Machang, Pasir Puteh-Gaal-Kampung Bukit-Machang, Pasir Puteh-Jeram Pasu-Chenggal Pulas-Machang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sekatan jalan raya Op Selamat 18/2022 di Bukit Yong di sini malam tadi.

Beliau juga berkata, dua lokasi di kilometer 48-51 jalan Kota Bharu-Kuala Trengganu di simpang Wakaf Raja sempadan Bukit Yong dan kilometer 31-33 jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu Bukit Abal-Sungai Kelong dikenal pasti kawasan kerap berlaku kemalangan maut.

Kata beliau, pihaknya akan memberi perhatian khusus terhadap kedua-dua jalan berkenaan selama empat hari sebelum dan empat hari selepas Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya juga lokasi yang dijangka berlaku kesesakan di simpang tiga Seri Aman Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu, simpang tiga lampu isyarat Wakaf Lichong ke Machang dan Kuala Terenggnu, simpang tiga Tok Bali menghala ke Kuala Besut dan simpang empat Dalam Kemunting.

Pasir Puteh menjadi pintu masuk bagi perantau yang pulang dari Johor, Pahang, Terengganu, Melaka dan sebahagian dari Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 29/4/2022

- Advertisement -