Ramai mahu jadi ‘wartawan segera’

Mohammad Shatar sedang beramah mesra dengan pengamal media yang hadir pada majlis berbuka puasa MQA di Bangsar, Kuala Lumpur.
- Advertisement -

Oleh YUSMAN AWANG

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dalam era moden serba canggih hari ini, ramai yang mahu menjadi ‘wartawan segera’ berbekalkan peranti telefon bimbit yang ada di tangan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, banyak isu tular yang mahu dikupas di alam maya tetapi orang ramai sebaliknya tidak menyemak sama ada maklumat diperoleh sahih atau sebaliknya.

Menurut beliau yang juga pakar sosial, masyarakat seharusnya mendapatkan berita daripada sumber yang sahih iaitu media yang diperakui.

“Di sinilah peranan pengamal media amat penting dalam menyampaikan maklumat yang telus kepada masyarakat umum,” katanya pada majlis berbuka puasa meraikan pengamal media di Hotel Pullman, Bangsar pada Selasa.

Dalam pada itu, ujar beliau, penganjuran majlis berbuka puasa anjuran MQA itu bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah yang terjalin antara badan berkanun di bawah pimpinannya dengan pengamal media daripada pelbagai agensi.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Halinordina Mat Saat dan Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa.

Tambah Mohammad Shatar, pihaknya amat menghargai sumbangan rakan media yang banyak membantu dalam menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat mengenai fungsi, perkhidmatan serta inisiatif MQA.

“Sebagai satu daripada kumpulan barisan hadapan, peranan yang dimainkan pengamal media cukup signifikan terhadap pembangunan negara sejak sekian lama,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/4/2022

- Advertisement -