BAITULMAQDIS: Arahan pengusiran terhadap 11 keluarga Palestin di Baitulmaqdis telah sekali lagi dibekukan oleh mahkamah Israel.
Peguam yang mewakili 11 keluarga Palestin berkenaan, Madhat Dibeh pada Isnin (25 Apr) berkata, bahawa mahkamah Israel memperbaharui pembekuan atas perintah pengusiran terhadap keluarga Salem di kejiranan Sheikh Jarrah dan sepuluh keluarga lain yang berkongsi bangunan kediaman di kawasan kejiranan Al-Tour.
“Keluarga Salem berdepan perintah pengusiran dari rumah mereka di Sheikh Jarrah kerana didakwa tidak membayar sewa kepada pemilik harta itu,” kata Dibeh.
Tambahnya, peneroka haram Israel baru-baru ini menuntut pelaksanaan perintah pengusiran yang dikeluarkan pada 1980-an, dengan mendakwa telah membeli hartanah berkenaan.
“Kesemua 11 keluarga itu merayu atas dasar mereka telah membayar sewa dan perintah itu telah hilang kesan selepas lebih 30 tahun,” ujarnya. – Arab News