Isu kebebasan beragama: Panel AS gesa India disenaraihitamkan

Agenda nasionalis Hindu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi memberi kesan negatif kepada umat Islam, Kristian, Sikh, Dalit dan minoriti agama lain di India.
- Advertisement -

NEW DELHI: Sebuah panel suruhanjaya Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan sekatan yang disasarkan ke atas penyalahgunaan kuasa di India susulan kebebasan beragama telah merosot dengan ketara di negara itu di bawah kerajaan nasionalis Hindu.

Ia adalah tahun ketiga berturut-turut Suruhanjaya AS mengenai Kebebasan Beragama Antarabangsa meminta India diletakkan dalam senarai ‘negara yang menjadi perhatian khusus’ – satu syor yang telah menimbulkan kemarahan New Delhi dan hampir pasti akan ditolak oleh Jabatan Negara India.

- Advertisement -

Dalam laporan tahunan, panel itu yang dilantik untuk menawarkan cadangan tetapi tidak menetapkan dasar AS  menyuarakan kebimbangan yang meluas tentang negara di Asia Selatan itu.

Di India, suruhanjaya itu merujuk kepada banyak serangan dilakukan ke atas minoriti agama, khususnya Muslim dan Kristian, pada tahun 2021 ketika kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi mempromosikan ‘wawasan ideologi negara Hindu’ melalui dasar yang memusuhi golongan minoriti.

“Senario kebebasan beragama di India bertambah buruk dengan ketara sejak akhir-akhir ini. Kerajaan India meningkatkan promosi dan penguatkuasaan dasar termasuk mempromosikan agenda nasionalis Hindu, yang memberi kesan negatif kepada umat Islam, Kristian, Sikh, Dalit dan minoriti agama lain,” ujar kenyataan daripada  laporan panel suruhanjaya berkenaan.

Ia merujuk kepada budaya bebas daripada hukuman untuk kempen ancaman dan keganasan di seluruh negara oleh kumpulan perusuh dan penangkapan wartawan serta peguam bela hak asasi manusia.

Tambah kenyataan laporan panel itu lagi, tindakan kerajaan India, termasuk penguatkuasaan berterusan undang-undang anti-penukaran terhadap orang bukan Hindu telah mewujudkan budaya bebas daripada hukuman untuk kempen ancaman dan keganasan di seluruh negara oleh kumpulan perusuh, termasuk terhadap orang Islam dan Kristian yang dituduh melakukan aktiviti penukaran agama.

“Dalam peralihan daripada dua tahun lalu, tiada seorang pun dalam panel itu tidak bersetuju dengan saranan mengenai India,”  ulas pesuruhjaya, Anurima Bhargava. – TRT World

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!