PARIS: Dua orang awam maut apabila polis melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta yang didakwa meluru ke arah mereka dalam kejadian yang berlaku beberapa jam selepas Emmanuel Macron diumumkan memenangi pilihan raya presiden Perancis 2022, menewaskan pencabarnya, Marine Le Pen.
Kenderaan itu dikatakan dipandu melawan arus di laluan jalan raya di Pont Neuf apabila ia tiba-tiba memecut laju ke arah pegawai polis yang sedang bertugas di tengah Paris pada petang Ahad (24 Apr), yang menyebabkan polis berkenaan melepaskan tembakan.
Dalam kejadian itu, dua penumpang kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mengalami kecederaan.
Sementara itu pendakwa raya Paris, Laure Beccuau, tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 1.30 pagi dan siasatan telah dimulakan atas dakwaan ‘cubaan membunuh secara sukarela ke atas orang yang bertanggungjawab dalam pihak berkuasa awam’. – AFP