Selebriti YouTube terima Anugerah Tokoh OKU

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Bapa pelakon drama spontan dan selebriti YouTube Mohd Asyiff Suhaimi, 19 turut gembira apabila anaknya menerima Anugerah Tokoh Selebriti Orang Kurang Upaya (OKU) Kelantan.

Suhaimi Yunus, 59, melahirkan perasaan bangga dengan pencapaian anaknya lebih dikenali dengan panggilan Asif.

Katanya beliau bersyukur kerana sekarang berlaku perubahan terhadap Asif.

- Advertisement -

Malah menurutnya beliau merestui setiap perjalanan anak kelapannya itu kerana berkecimpung dengan dunia lakonan.

“Asif tidak pernah berpisah dengan kami kerana dia merupakan seorang yang menghidap Mild Autism. Dia tidak pandai berdikari dan bergaul, malah jika hendak ke mana-mana pun, saya sering menemani Asif.

“Alhamdulillah, apa yang saya nampak sejak menjadi artis di bawah produksi sepupunya iaitu Syahmi Sazli Production, Asif kini sudah berani, pandai bergaul dengan orang ramai dan mula belajar berdikari.

“Sebagai bapa saya sentiasa berpesan supaya dia sentiasa jaga diri serta nama baik keluarga walau di mana dia berada,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Muqarrabun Peringkat Negeri Kelantan 2022 di sini semalam.

Antara drama pendek yang pernah dilakonkan Asif ialah Baso Jate Pilih Rupo pada tahun 2017, Drama Spontan (2019) dan Mail Totey (2020) manakala filem pula ialah Syif Malam Raya (2020), Mail Totey The Movie (2020) dan 35MM (2022).

Akaun Instagram asifsuhaimi02 mempunyai 592,000 pengikut. – HARAKAHDAILY 22/4/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -