Forum Air-Wira Air percaya kemampuan AKSB

Hadapi lonjakan permintaan bekalan air sepanjang Aidil Fitri di Kelantan

- Advertisement -

KELMARIN Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah mengeluarkan siaran media berkaitan persediaan pihak AKSB dalam agihan bekalan air sepanjang tempoh cuti perayaan Aidil Fitri 2022.

- Advertisement -

Difahamkan sebanyak 2,000,000 kenderaan luar akan balik ke Kelantan pada cuti perayaan ini dengan anggaran 5,000,000 perantau sebagaimana laporan akhbar utama pada 4 April yang lepas.

Forum Air–Wira Air menyambut baik persediaan yang dilakukan oleh pihak AKSB dalam menampung lonjakan permintaan bekalan air nanti. Melihat langkah-langkah persediaan pihak AKSB, pihak Forum Air–Wira Air sentiasa percaya pihak AKSB berkemampuan untuk memenuhi lonjakan permintaan bekalan sebagaimana yang telah di nyatakan oleh pihak AKSB.

Walaubagaimanapun, pihak Forum Air-Wira Air menyeru pihak AKSB untuk menambah baik kesemua sistem saluran aduan pengguna  termasuk melalui Unit Hal Ehwal Pengguna (PINTAS) agar lebih responsif dalam menerima setiap aduan pengguna dan setiap aduan pengguna perlu di pandang secara serius.

Pihak Forum Air-Wira Air juga memohon agar kesemua tangki statik di kawasan-kawasan kritikal seperti kawasan bertekanan rendah di isi penuh tanpa menunggu berlakunya gangguan bekalan.

Forum Air–Wira Air percaya dengan pengalaman dan komitmen jitu setiap warga AKSB di setiap lapisan dapat menangani isu gangguan yang bakal timbul kelak tanpa mengganggu suasana sambutan perayaan nanti. Dengan kecekapan dan kesiapsiagaan yang telah diatur oleh AKSB, semestinya kepulangan perantau di sambut dengan senyuman.

Selaku pihak yang mewakili pengguna air di Malaysia, Forum Air-Wira Air sentiasa komited dalam memastikan hak-hak pengguna air sentiasa terjamin dan dijaga. 

Sila hubungi pihak kami melalui emel [email protected] atau di talian 01135705899, jika terdapat sebarang maklumbalas, aduan atau cadangan bagi sistem bekalan air dan pembentungan di negara kita. Maklum balas anda sebagai pengguna adalah penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada.

Sekian Terima kasih.

MOHAMED HILMI CHE RAMLI
Presiden
Persatuan Wira Air
Forum Air SPAN – HARAKAHDAILY 22/4/2022

- Advertisement -