Peranan AKSB kritikal demi kesejahteraan rakyat

- Advertisement -

Oleh IR MOHAMED HANIF

ISU
yang sering berlegar di Kelantan berkaitan bekalan isu tentunya mengambil masa untuk diselesaikan.

Antara laporan yang sering kendengaran air tak masuk tangki waktu puncak, ketiadaan air secara tiba-tiba, air keruh dan laporan air bocor lambat diambil tindakan.

Sebagai pihak berkuasa air, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) perlu lebih sensitif apabila ada aduan dan berusaha menyelesaikan segera. Malah AKSB juga perlu kreatif dan proaktif.

Pengurusan AKSB perlu memahami masalah sebenar dan mencari jalan penyelesaian bukan sekadar memberikan sekadar harapan kepada pengguna.

- Advertisement -

Pengurusan yang terlibat terutama pengeluaran dan operasi semestinya ada prosedur dan kaedah dalam usaha berganding bahu mencari jalan keluar tanpa menunggu arahan.

Segala keputusan dalam pengurusan air memerlukan split second decision. Perlu bekerja tanpa mengira waktu dan komitmen mengambil tindakan, menganalisa, mencari solusi dan bermesyuarat antara team.

Pengurusan tertinggi AKSB juga perlu turun padang tidak kira hari minggu atau malam bagi menyelami beban kerja staf serta memahami kaedah kerja sebelum membuat apa-apa keputusan yang penting.

Sekali sekala peruntukan bekerja hari minggu dan cuti wajar diperkenalkan sebagai usaha bagi meningkatkan motivasi kakitangan bahagian teknikal.

Begitu juga ketua agensi dan ketua-ketua jabatan perlu berlapang dada menerima hakikat mereka bertugas di bidang kritikal untuk kesejahteraan rakyat.

Perancangan perniagaan tempoh 30 tahun perlu disemak dari semasa ke semasa biarpun telah dibincang dan diluluskan di semua peringkat.

Begitu juga perancangan perniagaan setiap tiga tahun bagi memastikan keperluan masa depan bekalan air dapat disempurnakan dengan baik.

Biarpun begitu kita tidak dapat mengelak terdapat perancangan tersebut di mana sebahagiannya gagal. Mungkin kita gagal mengurus secara komprehensif, menepati jadual penyenggaraan, menyegerakan pembaikian, gagal mengikuti SOP, gagal mengikuti manual dan operasi yang ditetapkan.

Kebocoran tinggi, pembahagian tekanan yang tidak tepat bagi sesuatu kawasan, injap (valve) yang tersangkut dan tidak berfungsi tentunya mereka yang berada dalam bidang tersebut lebih arif.

Pengeluaran bekalan air yang menurun kemungkinan perlu diatasi antaranya penyelenggaraan telaga-telaga di loji tersebut (air bawah tanah) perlu mengikut rutin bulanan atau kes-kes perlu disegerakan.

Sekiranya keupayaan telaga menurun perlu segera adakan tambahan telaga sama ada di kawasan tersebut atau di luar kawasan terbabit.

Tambahan telaga perlu dibuat segera sama ada untuk mengekalkan pengeluaran minimum atau menambahkan pengeluaran kerana pertambahan permintaan pengguna.

Kehilangan air yang yang tinggi di Kelantan difahamkan lebih 50 peratus, iaitu antara negeri tertinggi NRW selain Perlis.

Sistem pemantauan maklumat bocor dan status pembaikian yang sistematik perlu diadakan agar ia seolah-olah on line – live reporting.

Pembaikian yang sempurna tentunya memberi kelebihan air di sesuatu kawasan dan akan dinikmati oleh pengguna di kawasan yang tiada bekalan air.

Selain itu jenis-jenis injap tertentu dipasang dan diselenggara mengikut jadual, kerja-kerja audit bekalan air juga perlu dilakukan.

Pemantauan agihan

Sistem pemantauan agihan melibatkan kadar alir dan tekanan bagi sistem agihan juga perlu diwujudkan agar seolah ia secara live. Ini bagi memastikan pengguna mendapat liputan bekalan yang baik.

Kaedah yang sama adalah perlu dilaksanakan bagi mengatasi isu air tidak cukup atau tiada tekanan di waktu puncak.

Pengeluaran yang setidak-tidaknya mencapai jumlah sebelum berlaku kekurangan tekanan malah perlu peningkatan sedikit pengeluaran (dalam masa yang sama loji-loji baru/naik taraf mungkin dalam pembinaan mengikut pelan perniagaan).

Pembaikian kebocoran adalah wajib dan jangan pilih kawasan tertentu sahaja. Agihan air yang sekata perlu dibuat kajian dan analisa dengan menggunakan sistem dalaman. Kesungguhan ini akan menghasilkan natijah yang terbaik.

Ketiadaan air tiba-tiba kemungkinan loji terjadi kerosakan (break down), bocor besar, penutupan injap atau seumpamanya.

Lapor segera kepada media, sistem aduan perlu diviralkan supaya pengguna dapat maklumat awal. Kerosakan di loji patut dapat diatasi sebab adanya rutin penyelengaraan yang tetap patut dipatuhi dan ia agak jarang berlaku.

Paip bocor besar kerap berlaku disebabkan paip uzur, pergerakan tanah di sekitar atau hentakan kepada paip. Pembaikian perlu dibuat mengikut tempah piagam pelanggan dan perlu hebahan yang mesra kepada pelanggan.

Isu air keruh, kemungkinan berlaku di loji atau dalam paip agihan. Pengeluaran air di loji dirawat mengikut kapasiti loji berkaitan sekiranya air mentah disedut masuk ke loji melebihi kapasiti loji tersebut yang direkabentuk ada tahapnya menyebabkan kualiti akan buruk.

Bagaimanapun perkara itu kadang-kadang terjadi disebabkan keperluan yang tinggi terutamanya di musim perayaan.

Kekeruhan melalui dalam paip itu sendiri kerap berlaku, antaranya keperluan membuang kotoran di injap injap tertentu secara berkala dan ini mesti dilaksananakan.

Kebocoran paip berlaku disebabkan paip uzur terutamanya paip yang berusia puluhan tahun, malah melebihi 50 tahun tentunya sensitif menunggu retak dan pecah bila-bila masa.

Ini terjadi di bawah jalan raya atau dalam semak atau tepi paya yang sukar dikenal pasti. Paip lama dianggar 60 peratus daripada keseluruhan panjang paip kira-kira 6,000 kilometer di Kelantan.

Oleh itu sudah sampai masanya diwujudkan jabatan yang khusus dan petugas yang mahir melaksanakan kerja-kerja kerana kemungkinan kekerapan berlaku kebocoran di tempat yang sama. – HARAKAHDAILY 21/4/2022

- Advertisement -