Polis nafi rakyat Singapura bakal dirompak di Johor Bahru

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang disebarkan dalam talian. - GAMBAR HIASAN (Bernama)
- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Jabatan Polis Johor menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa rakyat Singapura yang melawat Johor Bahru akan dirompak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Shahurinain Jais berkata bahawa siaran media sosial yang yang kononnya berkongsi rakaman penunggang motosikal Singapura dirompak oleh penunggang motosikal di Johor Bahru sebagai palsu.

- Advertisement -

“Jabatan Polis Johor ingin menegaskan bahawa dakwaan itu adalah palsu kerana indeks kadar jenayah semasa di Johor ketika ini  tidak menunjukkan sebarang peningkatan,” ujar  Shahurinain.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan apa yang disebarkan dalam talian, dan melakukan semakan dengan pihak polis bagi memastikan maklumat itu benar. – CNA