‘Kumpulan Haikal’ pelampau Yahudi, korban Eid al-Fasih dan dataran Masjid al-Aqsa

- Advertisement -

Oleh NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK

‘JAMAAH Haikal’ pelampau Yahudi muncul 60 tahun lepas, tepatnya selepas penjajahan rejim Zionis terhadap bandar Quds tahun 1967, yang digelar ‘kumpulan pemegang amanah Bukit Haikal’ dan ia Kumpulan Haikal yang paling nyata sekarang.

‘Pemegang Amanah Bukit Haikal’ ialah gerakan Yahudi Ortodoks yang melampau, berpusat di Quds. Matlamat mereka membina Kuil Haikal Sulaiman pada tempat Masjid al-Aqsa dan mengembalikan pusat upacara pelaksanaan korban. Gerakan yang diasaskan pada tahun 1967 oleh Ghiershon Salomon, pegawai tentera rejim Zionis. Anggota mereka terang-terang mengisytiharkan mahu meruntuhkan Masjid al-Aqsa, menghalau semua orang Islam dan Kristian dari ‘bumi Israel’.

- Advertisement -

Semenjak beberapa dekad, muncul dan berkembang kumpulan Haikal ini, terutama selepas Intifadah kedua tahun 2000, bermatlamat menghidupkan balik Haikal Sulaiman sebagai tanda penting kewujudan rejim Zionis di bumi Palestin.

Semenjak tahun 2003, iaitu tahun berlakunya pencerobohan pelampau Yahudi terhadap Masjid Al-Aqsa melalui perintah mahkamah, organisasi ini mempunyai lobi yang kuat di dalam kerajaan rejim Zionis, termasuk di dalam Knesset negara haram Israel, untuk menentukan arah tuju politik secara umum dan usaha ‘mengYahudikan Quds’.

Semenjak awal Ramadan 1443H ini, pusat kumpulan Haikal ini menyeru agar diceroboh Masjid al-Aqsa sepanjang tempoh perayaan Eid al-Fasih yang bermula hari Jumaat 15 April dan berakhir hari Sabtu 23 April.

Rafael Moris, ketua pergerakan ‘Kembali ke Bukit Haikal’ memberitahu polis rejim Zionis di awal Ramadan: Saya bersama teman-teman saya akan meneruskan perancangan pada hari raya Al-Fasih untuk melaksanakan korban..untuk menjelaskan kepada dunia bahawa inilah tindak balas kami- Zionis yang sebenar-terhadap ekstremis, bahawa kuasa Yahudi lah yang menguasai Bukit Haikal.

Salah seorang pendita Yahudi yang merupan setiausaha sebuah pertubuhan Zionis berkata pada hari Selasa 5 April: Semua sudah bersedia untuk melaksanakan sembelihan korban Al-Fasih di Jabal al-Ma’bad, pada waktu yang ditetapkan, di sini, sambil menunjukkan kepada Kubah Silsilah.

Menurut ajaran Taurat, kononnya, binatang sembelihan korban al-Fasih mesti disembelih pagi hari raya al-Fasih. Darahnya dihambur ke Kubah Silsilah yang dianggap oleh pelampau Yahudi bahawa ia dibina di dataran Masjid al-Aqsa untuk menyembunyikan kesan ‘penyembelihan Taurat’.

Apa yang disebutkan di atas secara ringkas ialah agar umat Islam di Malaysia faham isu yang sedang berlaku di Masjid al-Haram sekarang berkaitan Eid al-Fasih, pelampau Yahudi dan kepentingan menjaga tempat suci umat Islam. – HARAKAHDAILY 20/4/2022

Terjemahan bebas dari sebahagian artikel di Arabicpost.

- Advertisement -