Dua wanita berhijab failkan aduan terhadap tindakan ganas polis Perancis

Polis Perancis dirakam memukul dua wanita Islam berhijab dalam video yang telah disebarkan secara meluas di media sosial. - Gambar hiasan (Getty Images)
- Advertisement -

PARIS: Dua wanita Islam berhijab akan memfailkan aduan terhadap polis Perancis selepas mereka diperlakukan secara ganas pada minggu lalu.

Peguam kedua-dua wanita itu, Nabil Boudi berkata, kejadian yang berlaku pada 14 April lalu di Jambatan Clichy di utara Paris itu kini menyebabkan kedua-dua mangsa masih trauma tetapi mereka tetap bertekad agar keadilan ditegakkan.

- Advertisement -

“Aduan atas dakwaan perlakuan ganas polis terhadap kedua-dua wanita berkenaan akan difailkan dalam beberapa hari lagi,” ujarnya.

Rakaman video, yang dikongsi oleh Boudi di Twitter dan kini tular di media sosial menunjukkan seorang wanita berhijab hitam dengan tangannya ditarik ke belakang ditampar dan ditolak ke tanah oleh dua pegawai polis. 

Apabila wanita kedua yang bertudung merah jambu cuba membantu, seorang polis lain telah menolaknya dengan ganas sehingga dia kemudian terbaring.

Orang ramai yang cuba campur tangan dan meminta anggota polis berhenti melakukan  keganasan itu juga ditolak oleh salah seorang polis berkenaan.

Seorang wanita berhijab sedang berjalan di dataran Trocadero berhampiran Menara Eiffel di Paris, Perancis pada 2 Mei 2021. (FOTO Reuters)

Kejadian itu  adalah salah satu daripada bukti terhadap beberapa serangan anti-Muslim di Perancis sejak akhir-akhir ini yang berjaya di rakam dalam  video dan dikecam oleh pengguna media sosial.

Terdahulu, dua pelajar perempuan sekolah, salah seorang daripada mereka memakai tudung telah diserang oleh seorang lelaki di Montpellier pada awal bulan ini dalam rakaman video yang dikongsi secara meluas dalam talian. 

“Lelaki berkenaan akan dibicarakan di mahkamah atas dakwaan ‘melakukan serangan bersifat perkauman’,” kata Boudi. – The New Arab

- Advertisement -