MPKB-BRI sedia ruang solat di Dataran Lembah Sireh

- Advertisement -

Oleh RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menyediakan tempat solat di Dataran Lembah Sireh bagi memudahkan orang ramai yang iftar di situ menunaikan solat.

Lokasi terbabit menjadi pilihan orang ramai khususnya warga bandar Kota Bharu berbuka puasa bersama keluarga.

MPKB-BRI memberitahu aktiviti berbuka puasa sambil menikmati matahari terbenam di Dataran Lembah Sireh menjadi fenomena rakyat Kelantan sekarang.

- Advertisement -

Oleh itu katanya MPKB-BRI dengan kerjasama Syarikat Liziz Standeco Sdn. Bhd mengambil inisiatif menyediakan khemah solat dan tempat berwuduk.

“Usaha itu sebagai salah satu usaha dakwah. Selain itu turut disediakan pencahayaan yang cukup di Dataran Lembah Sireh bagi keselesaan pengunjung menunaikan solat selepas berbuka.

“Setiap petang, sejak negara beralih fasa andemik 1 April lalu, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati keindahan sewaktu matahari terbenam,” katanya pada kenyataan di sini.

Lokasi tersebut terletak bersebelahan dengan pusat membeli belah Tesco dan Jambatan Sultan Yahya Petra. – HARAKAHDAILY 18/4/2022

- Advertisement -