Syarikat korporat, kelab media rai anak yatim

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Sebuah syarikat korporat dengan kerjasama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) meraikan anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa semalam.

Seramai 100 anak yatim diraikan pada Majlis Kongsi Kaseh anjuran bersama syarikat FR Qaseh Marketing Sdn Bhd, pengeluar kopi jenama Manja Qaseh dan Arjuna Qaseh.

- Advertisement -

Pengarah Urusan FR Qaseh Sdn Bhd, Faizul Rohban Ahmad berkata, penganjuran majlis bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan sepanjang Ramadan tahun ini.

“Selepas dua tahun tidak dapat bersama akibat Covid-19, hari ini kita dipertemukan semula, Alhamdulillah,” katanya kepada media pada program tersebut.

Hadir sama Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan Wan Azhan Wan Hamat dan Presiden Kemudi Majidah Ismail. Anak-anak yatim terbabit dari tiga pusat jagaan di Kelantan.

Pada majlis terbabit Faizul Rohban turut memberi sumbangan makanan dan duit raya kepada anak-anak yatim serta asnaf.

“Melalui program tersebut dapat merapatkan semula tali persaudaraan yang sebelum ini terpisah akibat penularan Covid-19,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/4/2022

- Advertisement -