Pemuda PAS Teluk Intan agih juadah iftar kepada ‘rider’

- Advertisement -

Oleh BASITH SAMAD

TELUK INTAN:
Bagi menghargai pengorbanan dan keringat penghantar makanan (rider) Pemuda PAS Teluk Intan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada mereka.

Ketua Pemuda PAS Teluk Intan, Firdaus Ziyaudin berkata, pihaknya meraikan 100 penghantar makanan di kawasan sekitar pekan Teluk Intan pada program tersebut.

Katanya, program itu diadakan sebagai menghargai keringat penghantar makanan yang sanggup bekerja keras di bulan Ramadan menghantar makanan atau barangan ditempah orang ramai.

- Advertisement -

“Sumbangan kami sebagai tanda ingatan kepada petugas penghantar makanan yang membantu memudahkan urusan masyarakat.

“Ini bukan kali pertama kita mengadakan program sebegini. Ketika penularan pandemik sebelum ini beberapa aktiviti diadakan bagi meraikan penghantar makanan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya program tersebut sebahagian pengisian aktiviti Ihya Ramadan Pemuda PAS Teluk Intan sepanjang Ramadan.

Sementara itu, seorang penghantar makanan ketika ditemui melahirkan perasaan terharu kerana menerima sumbangan iftar daripada Pemuda PAS.

“Selalunya kami yang menghantar makanan, hari ini kami pula terima makanan. Terima kasih kerana menghargai kami,” katanya.

Hadir sama pada program itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Teluk Intan Nurhafizul Badrul Hisham dan beberapa ahli jawatankuasa Pemuda PAS kawasan berkenaan. – HARAKAHDAILY 13/4/2022

- Advertisement -