Dr Hanan lambang kejayaan wanita Saudi di mata dunia

Dr Hanan mewakili golongan wanita Arab Saudi yang berjaya menempah kejayaan di peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan negaranya di mata dunia. (FOTO Arab News)
- Advertisement -

RIYADH: Penolong penceramah Majlis Shoura, Dr Hanan Al-Hamadi yang telah diumumkan memenangi Anugerah Antarabangsa yang berprestij untuk Pencapaian Luar Biasa daripada Universiti Tulane di Amerika Syarikat kini menjadi lambang kejayaan wanita Arab Saudi di mata dunia.

Beliau telah menerima anugerah itu pada majlis anugerah universiti ke-48 pada Ahad (10 April) yang mana anugerah itu diberikan kepada graduan universiti yang mewakili standard kecemerlangan tertinggi dan menyerlah dalam bidang profesional dan khidmat masyarakat di peringkat tempatan dan antarabangsa.  

- Advertisement -

Berucap pada majlis selepas menerima anugerah itu, Dr Hanan berkata, program biasiswa luar negara merupakan salah satu tonggak strategi pendidikan Arab Saudi, kerana program itu menyumbang kepada pemerolehan ilmu daripada institusi ternama di seluruh dunia. 

“Terdapat lebih 50,000 pelajar biasiswa Arab Saudi yang sedang melanjutkan pengajian tinggi di universiti-universiti Amerika,” ujarnya.

Dr Hanan juga memuji pelancaran Program Biasiswa Strategi Penjaga Dua Masjid Suci oleh Putera Mahkota Mohammed Bin Salman, yang juga pengerusi Jawatankuasa Program Pembangunan Keupayaan Manusia, dengan mengatakan bahawa strategi itu bertujuan untuk mendaftarkan pelajar ke institusi pendidikan elit sekitar dunia, dengan tumpuan pada pendidikan peringkat tinggi dan pembangunan keupayaan, penyelidikan, dan untuk memenuhi keperluan projek pembangunan besar yang sedang berlangsung di Arab Saudi.

Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa Arab Saudi telah melalui banyak perubahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sambil mengetengahkan pelancaran Wawasan 2030, beliau berkata, wawasan itu berfungsi sebagai enjin kepada perubahan di peringkat sosial, budaya dan ekonomi, dan telah menyumbang kepada memperkasakan wanita dalam masyarakat dan meningkatkan penyertaan mereka dalam pelbagai bidang. 

“Semua ini adalah kerana pelaburan besar dalam pendidikan wanita di Arab Saudi,” katanya.

Dr. Hanan turut mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah Universiti Tulane kerana memilih beliau untuk anugerah tersebut. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang menerima anugerah universiti untuk tahun ini dalam pelbagai kategori. 

Dalam satu kenyataan akhbar selepas majlis itu, Dr. Hanan berkata, pemilihan beliau untuk anugerah ini telah dicapai berkat sokongan dan kesungguhan yang dinikmati oleh wanita Saudi daripada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota.

“Ini membolehkan saya mencapai jawatan kepimpinan yang melaluinya saya dapat menjadi peserta dalam membuat keputusan dan pemain aktif dalam memajukan pembangunan, dan menjaringkan banyak pencapaian saintifik, ekonomi dan sosial,” katanya. 

Dr Hanan menekankan bahawa keyakinan kepimpinan yang bijak terhadap wanita Saudi telah menyumbang kepada mengaktifkan kehadiran mereka dalam forum antarabangsa dan serantau, dan mewakili kerajaan pada semua kesempatan dan peluang. – Saudi Gazette

- Advertisement -