ADUN Maharani bantu bangun pendidikan duniawi, ukhrawi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Jiwa seorang pendidik memang sudah sebati dalam diri saya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Abdul Aziz Talib.

Menurutnya, jiwa pendidik mungkin tidak boleh dibuang lagi walaupun telah lama meninggalkan zaman menabur bakti buat anak-anak bangsa.

- Advertisement -

“Antara perkara yang sentiasa saya fikir untuk dibantu dan dibangunkan adalah soal pendidikan anak cucu kita bersama, bukan sahaja pendidikan duniawi malah juga ukhrawi,” ujarnya dalam catatan di laman sosial beliau, semalam.

Semalam, beliau dapat meluangkan sedikit masa bersama guru besar, guru-guru dan anak-anak di SRITI Ar Ridzuan, Taman Sri Tanjung, Muar, semalam.

“Saya melihat dengan kesungguhan guru besarnya, Cikgu Irfan serta guru-guru lain dalam mentadbir sekolah ini, insya-Allah akan lebih ke hadapan dan berjaya dalam membawa agenda pendidikan serta dakwah islam dalam kalangan masyarakat,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Muar.

Abdul Aziz melahirkan rasa seronok dan berasa bangga dapat melihat anak-anak SRITI belajar dalam keadaan yang baik dan selesa di bangunan baru itu.

Sehubungan itu, beliau mendoakan SRITI kawasan Muar terus berkembang dan berjaya dalam menyebarluaskan pendidikan Islam di daerah itu. – HARAKAHDAILY 11/4/2022

- Advertisement -