MADI cari Tokoh Ramadan kalangan pelajar

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Pelajar Maahad Ad-Diniah Al-Islamiah (MADI) dikehendaki menunaikan minimum solat sunat dua rakaat dan membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sebelum menunaikan solat Subuh.

Mudirnya Burhanuddin L.Abdullah berkata, setiap pagi dan petang pula diadakan tadarus al-Quran bersama guru serta membaca zikir Al-Mathurat.

- Advertisement -

“Kita juga mengadakan pencarian Tokoh Ramadan menerusi borang mutabaah amal yang akan dinilai guru dan warden masing-masing.

“Antara lain, pencarian tokoh ini perlu mempunyai akhlak dan adab yang terpuji di antara rakan-rakan serta masyarakat sekeliling,” katanya di sini.

Menurutnya MADI mengadakan 11 aktiviti sepanjang Ramadan ini yang disediakan kepada pelajar sebagai motivasi untuk berlumba-lumba membuat amal ibadat.

Selain itu, aktiviti iftar, tarawih dan moreh secara berjemaah serta majlis sambutan Nuzul Al-Quran dan khatam al-Quran.

Kata belia juga Tabung Infaq Ramadan turut disediakan untuk pelajar bersedekah mengikut kadar kemampuan mereka.

“Hasil infaq akan diagihkan kepada rakan mereka yang terdiri daripada anak yatim sebagai duit raya,” katanya.

Beliau juga berharap ibadah yang dilaksanakan pelajar pada Ramadan akan terus diamalkan pada bulan-bulan lain. – HARAKAHDAILY 8/4/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!