Bulan penyatuan dan pertahan akidah Islam

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaNya kita semua diberikan rezeki sekali lagi untuk mengimarahkan bulan Ramadan al Mubarak iaitu bulan ibadah dan tarbiah seluruh umat Islam di dunia ini.

Matlamat bulan Ramadan adalah sebagai inkubator kepada umat Islam untuk ‘reset‘ cara hidup kepada fitrah manusia yang hakiki iaitu hidup mengikut perintah Allah dan hidup bersyariat. 

- Advertisement -

Ramadan juga adalah bulan penyatuan yang mana kesemua umat Islam di seluruh negara tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat berpuasa pada siang harinya dan menunaikan solat sunat tarawih pada malamnya. Ini adalah peluang bagi umat Islam untuk merapatkan saf, ukhuwah, serta silaturrahim antara satu sama lain.

Selain itu, Ramadan juga bulan yang menyaksikan umat Islam berjihad sama ada di zaman Rasulullah S.A.W, zaman para Sahabat dan zaman selepasnya.

Hari ini, terdapat 3 orang anak-anak Islam yang sedang diganggu gugat keutuhan aqidah mereka. Bulan Ramadan sepatutnya menjadi medan untuk kita bersatu hati berusaha menyelamatkan aqidah anak-anak ini daripada dirosakkan oleh pihak yang masih gagal menghormati prinsip kebebasan untuk beragama di Malaysia. Hormat-menghormati adalah antara amalan mulia yang akan terus memastikan kestabilan negara kita.

Di kesempatan ini juga, PAS ingin mengucapkan selamat menyambut dan menghayati bulan Ramadan al Mubarak 1443H. PAS pada masa yang sama menyeru kepada semua umat Islam, ayuh kita sama-sama mempertahankan aqidah umat Islam dan bersatu serta senada dalam perjuangan ini.

Sekian

“Islam Menyatukan Ummah”

YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS – HARAKAHDAILY 5/4/2022

- Advertisement -