MB terharu sumbangan kain batik, pelikat RM458,600

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Subhanallah, saya terharu dihubungi oleh satu pihak, ingin menyampaikan sumbangan Ramadan berupa kain batik dan pelikat berjumlah RM458,600,” kata Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurutnya, penyumbang itu meminta untuk diagihkan sumbangan berkenaan kepada masyarakat Kedah yang memerlukan pada bulan Ramadan ini.

- Advertisement -

Katanya, penyumbang tidak mahu nama disiarkan, mungkin untuk merealisasikan “Kedah tempat orang kaya berbakti, tempat orang miskin berteduh”.

“Pihak dan individu seperti inilah yang kita kata dia kaya. Kaya yang bertaqwa,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

Tambahnya, sumbangan disampaikan melalui wakil mereka, Butik Saifuddin Eksklusif. – HARAKAHDAILY 30/3/2022