Dari hak penjagaan kepada memurtadkan

Kes tiga kanak-kanak mualaf serlah motif serampang dua mata pemimpin DAP dan golongan Liberal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tuduhan kononnya tiga kanak-kanak diculik dan disembunyikan oleh pihak berkuasa Jabatan Agama, serta telah mengkontroversikan keislaman mereka akhirnya menyerlahkan motif serampang dua mata pihak tersebut.

- Advertisement -

Ketua Ulamak PAS Pusat, Senator Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya berkata, kebimbangan awal umat Islam apabila isu tersebut berbangkit sebelum ini oleh golongan Liberal dan pemimpin DAP sudahpun menampakkan tujuannya.

“Ini memang strategi yang diatur oleh Liberalis dan DAP sejak daripada awal. Oleh sebab itu tidak pelik macam mana DAP mula dengan DUN dan Ahli Majlis Pulau Pinang bawa isu ini dan naratif jahat terhadap Ustazah Nazirah (Nanthakumari Abdullah).

“Kes ini tidak hanya terhad kepada isu penjaga kepada anak-anak tersebut seperti yang dihamburkan di media sosial sejak ia timbul. Tetapi di sebaliknya adalah mengenai akidah dan masa depan pengislaman anak-anak tadi,” ujarnya.

Media melaporkan, Loh Siew Hong telah bertindak mencabar pengislaman tiga orang anaknya itu bahawa ia dilakukan tanpa izinnya dengan memohon perintah semakan melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini.

Terdahulu pada 29 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyerahkan tiga kanak-kanak tersebut kepada ibu kandungan mereka berkuatkuasa serta-merta.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam membuat keputusan tersebut telah memberikan hak jagaan, pemeliharaan dan kawalan tunggal terhadap ketiga-tiga anaknya melalui perintah tersebut kepada Siew Hong, 34.

Suasana panas mula timbul apabila terdapat pemimpin politik daripada DAP dan aktivis Liberal menuduh Jabatan Agama Islam Negeri Perlis menculik dan mengislamkan secara paksa tiga kanak-kanak tersebut.

Namun hakikatnya, tiga anak-anak itu berada dalam jagaan dan didikan Islam dengan sangat baik di bawah bimbingan Ustazah Nazirah, setelah mereka terabai berikutan perceraian bapa mereka, Nagahswaran Muniandy dengan si ibu.

“Oleh sebab itu, dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara, saya tekankan mengenai isu ‘unilateral conversion’ yang sebenarnya menjadi asas dalam isu ini.

“Isu murtad anak-anak ni memang ‘contentious‘ beberapa tahun kebelakangan ni. Kes ni fall under isu ‘unilateral conversion’. Kalau masuk court, ikut ‘precedent’ kes Indira Gandhi (2018), kanak-kanak yang masuk Islam perlu dapatkan kebenaran both ibu dan bapa. 

“Jadi, tak mustahil Loh akan berjaya murtadkan semula kanak-kanak tadi,” ujar beliau tidak menolak jangkaan yang telah menjadi kebimbangan awal isu tersebut.

Jelas beliau, dalam kes itu, tafsiran kepada frasa ‘Parent’ atau ‘ibu bapa’ dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada memerlukan persetujuan kedua-dua ibu bapa, sedangkan sebelumnya persetujuan sepihak (unilateral) sudah mencukupi. 

“Dia jadi pertikaian sebab walaupun Mahkamah Syariah Negeri dah sahkan pengislaman kanak-kanak tu, tetap boleh dicantas oleh Mahkamah Sivil. Faktor dia sebab perkahwinan asal ibu bapa mereka adalah berdasarkan kepada Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164). 

“Jadi, kalau refer ke civil court, memang keputusan Mahkamah Syariah tadi ditolak. Faktor kedua, Mahkamah Sivil sahaja ada kuasa untuk tentukan kes ni bidang kuasa siapa dan boleh bahas di sivil or syariah court. 

After all, dia akan balik kepada pertembungan bidangkuasa mahkamah mcm yang diulas dalam perbahasan baru-baru ni. Jangka masa panjang kita boleh lihat kepada pindaan Perlembagaan. 

“Langkah jangka masa sederhana adalah hakim-hakim yang ada background syariah ni dinaikkan ke Mahkamah Sivil – rasanya part ni memerlukan kepada pindaan akta kehakiman,” cadangnya. – HARAKAHDAILY 29/3/2022

- Advertisement -