Husam dan sifir dua

- Advertisement -

SEJAK dua hari yang lalu Husam nampaknya bersungguh mengangkat isu durian Musang King, Kerajaan Kelantan dan terbaharu mengaitkan jaguh badminton China, Li Yongbo. Setelah diam seribu bahasa sekian lama, nampaknya Husam kembali dengan sifir dua.

- Advertisement -

Seperti biasa Husam yang sering bermain dengan naratif yang sama dengan persepsi kelemahan pentadbiran Kerajaan Kelantan sekali lagi beraksi, jika tidak hutan pastinya air.

Modus operandinya pula sama, menggunakan sifir dua dengan angka dan dapatan info lagaknya penyiasat persendirian. Sifir dua Husam sebenarnya hanya satu, manipulasi apa sahaja dengan naratif menimbulkan persepsi. Inilah salah satu tanda PRU makin dekat.

Jika dilihat sifir dua Husam pada ‘posting‘ kali pertama dan kedua, pasti kita boleh kesan dua dapatan isi yang kontra. Yang sama hanyalah jenis pelaporan bersifat persendirian yang tidak dipastikan kesahihan. Petik itu dan ini, walhal boleh direka cipta nama sesiapa sahaja.

Justeru atas apa jua tujuan, saya mohon Husam supaya sudah-sudahlah bermain sifir dua dengan rakyat Kelantan. Setelah lama berehat, alangkah baiknya Husam membuat ‘come back‘ dengan perkara lebih berfaedah. 

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 28/3/2022

- Advertisement -