As-Sabiqun dan istiqamah

- Advertisement -

SEORANG anak muda PAS bertanyakan kepada saya. Siapakah yang boleh dijadikan idola dalam kawasan kita ini?

Lalu saya pun membalas bahawa “jadikanlah As-Sabiqun sebagai idola kamu. Kerana suatu masa kamu akan diuji sewaktu dalam berjemaah.

- Advertisement -

Ketika itulah kamu akan memilih jalan sama ada istiqamah bersama PAS atau gugur dalam medan perjuangan.”

Jika menyebut saja mengenai ‘As-Sabiqun’, sudah tentu akan merujuk pada konsep ‘Istiqamah’.

Lebih 70 tahun perjuangan PAS dalam arena politik tanah air. Sudah pasti adanya pejuang-pejuang lama yang masih bersemangat untuk menyebarkan risalah perjuangan. 

Ada ahli daripada Dewan Pemuda hinggalah ke tua. Tidak mempunyai apa-apa jawatan. Namun, tetap gigih menjalankan kerja sebagai ahli PAS. 

Duduklah di mana pun, posisi mana sekali pun dia akan melaksanakan tugas sebagai ahli. Tidak kira di peringkat kawasan, JPRD ataupun cawangan.

Waktu bab cula dia buat cula, waktu dia dalam Jabatan Amal dia buat kerja amal. Masa program dia berperanan untuk bertugas. Waktu ceramah dia tekun datang untuk mendengar. Kalah ke menang pilihan raya, dia tetap teguh bersama.

Walaupun pemimpin silih berganti mahupun rakan-rakan karib sudah pergi dijemput ilahi. Tetapi perjuangan itu tidak pernah luntur. Inilah contohnya. Prinsip sebeginilah yang harus ditonjolkan. Bak pepatah lirik PAS, ‘Kalah Menang Bukan Alasannya‘.

Penglibatan As-Sabiqun yang banyak pengalaman ini, menambahkan kekuatan dan kesepaduan PAS sehingga disegani oleh pihak lawan. Mungkin kudrat sudah mula hilang, namun jiwa masih meronta-ronta untuk mengibarkan panji.

Buat anak-anak muda yang baru berjinak-jinak dengan PAS. Sewajarnya kalian berdamping secara kerap dengan orang-orang sebegini.

Memetik kata-kata Tuan Guru Presiden, “Setiap orang mesti melibatkan diri, termasuk mereka yang sudah tua dan duduk di rumah masing-masing, tidak boleh bergerak, juga ada peranan mereka.

“Sekurang-kurangnya berdoa, bercakap, yang mampu menulis (boleh) menulis, apa sahaja (situasi) mesti libatkan diri. Kalau ada harta, disumbangkan untuk mempertahankan dan menegakkan Islam.”

Syukur alhamdulillah, beberapa hari yang lalu saya sendiri berpeluang menziarahi beberapa orang insan As-Sabiqun di Kampung Wan Awang. Ditemani AJK PAS Kawasan Kuala Kedah  bersama wakil pemuda iaitu saudara Wan Amir.

USTAZ DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Yang Dipertua
PAS Kawasan Kuala Kedah – HARAKAHDAILY 28/3/2022

- Advertisement -