Dua lelaki ditahan di Jeddah cuba seludup dadah

Pihak berkuasa Arab Saudi berjaya mematahkan percubaan dua lelaki untuk menyeludup dadah ke Jeddah pada 23 Mac 2022. (FOTO SPA)
- Advertisement -

JEDDAH: Dua lelaki masing-masing seorang warga Jordan dan Syiria yang menggunakan visa pelawat telah ditahan di sini atas dakwaan cuba menyeludup dadah ke Arab Saudi.

Jurucakap rasmi Direktorat Am Kawalan Narkotik (GDNC), Mejar Mohammed Al-Nujaidi berkata, pihaknya telah berjaya merampas sejumlah 3,320,000 pil amfetamin yang cuba diseludup ke negara itu dengan menyembunyikannya dalam pakej penghantaran buah limau.

- Advertisement -

“Ia adalah hasil tindakan susulan keselamatan proaktif terhadap rangkaian penyeludupan dadah yang menyasarkan untuk mengganggu keselamatan Arab Saudi dan golongan remaja di negara ini.

“Selepas mengambil langkah undang-undang awal, kedua-dua lelaki itu kemudiannya dirujuk kepada pihak pendakwa raya,” ujar beliau. – SPA 

- Advertisement -