200 pengunjung Pusat Akuatik London dikejutkan insiden gas klorin

Pengunjung Pusat Akuatik London di London digemparkan dengan insiden gas klorin yang menyebabkan pihak ambulans dan bomba berkejar ke lokasi kejadian pada 23 Mac 2022. (FOTO Euronews)
- Advertisement -

LONDON: Seramai kira-kira 200 pengunjung yang berada di Pusat Akuatik London, Taman Olimpik Queen Elizabeth di sini telah dikejutkan dengan insiden gas klorin yang menyebabkan beberapa orang telah mengalami kesukaran pernafasan.

Kesemua pengunjung telah dipindahkan dari lokasi kejadian dan diberi  bantuan pernafasan oleh  Perkhidmatan Ambulans London yang mengesahkan mereka telah merawat beberapa mangsa yang mengalami kesukaran bernafas yang serius.

Pihak perkhidmatan ambulans dalam kenyataannya pada Rabu (23 Mac) menyebut kejadian itu  sebagai suatu ‘insiden besar’ di pusat yang mengadakan acara akuatik semasa Sukan Olimpik 2012 itu.

- Advertisement -

Sementara pihak bomba London dalam kenyataannya pula berkata, kuantiti gas klorin yang tinggi dikeluarkan  di lokasi kejadian adalah disebabkan tindak balas kimia .

Imej yang disiarkan di  media sosial menunjukkan beberapa ambulans dan jentera bomba berada di tempat kejadian.

Pengunjung diberikan bantuan pernafasan di pekarangan bangunan Pusat Akuatik London di London pada 23 Mac 2022 (FOTO Euronews)

Sementara Datuk Bandar London, Sadiq Khan berkata beliau berhubung rapat dengan perkhidmatan kecemasan dan berkata sejumlah orang sedang dirawat.

“Sila elakkan kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi kejadian insiden gas tersebut,” tweet  Khan dalam Twitternya. – Euronews

- Advertisement -