IHH Healthcare Berhad tawar RM5.67 bilion beli Ramsay Sime Darby

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: IHH Healthcare Berhad, unit pengandali hospital Australia, IHH Healthcare yang berpangkalan di Malaysia telah membuat tawaran belian pada nilai AS$1.35 bilion (RM5.67 bilion) terhadap Ramsay Sime Darby, yang merupakan syarikat usaha sama antara Ramsay Health Care Ltd. (Ramsay) dan Sime Darby Holdings (Sime Darby).

Jurucakap Ramsay Health Care kenyataannya pada Selasa (22 Mac) berkata, cadangan pembelian itu memberikan Ramsay Sime Darby nilai perusahaan indikatif sebanyak RM5.67 bilion ringgit pada asas tanpa tunai. 

- Advertisement -

Sime Darby dan Ramsay Health Care masing-masing memiliki pegangan saham sebanyak 50 peratus dalam firma penjagaan kesihatan Ramsay Sime Darby berkenaan.

IHH Healthcare yang merupakan kumpulan penjagaan kesihatan swasta terbesar di Asia, mengesahkan cadangan bersyarat berkenaan dalam satu kenyataan berasingan, dan berkata rundingan itu masih dalam peringkat awal dan tiada kepastian perjanjian itu akan menjadi kenyataan.

“Ramsay dan Sime Darby telah bersetuju dengan tempoh eksklusif selama empat minggu untuk membenarkan IHH Malaysia menjalankan usaha wajar dan merundingkan perjanjian jual beli,” ujar kenyataan daripada Ramsay menurut Reuters.

Saham Ramsay Health Care meningkat sebanyak 2.6 peratus, manakala saham IHH Healthcare meningkat lebih tinggi. – HARAKAHDAILY 22/3/2022

- Advertisement -