Kelantan utama pendidikan rabbaniah sepanjang hayat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan sentiasa mengutamakan pendidikan rabbaniah sepanjang hayat yang bermula di peringkat kanak-kanak.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, bidang pendidikan awal kanak-kanak bermula di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

- Advertisement -

Katanya silibus pembelajarannya mengutamakan nilai kerohanian seperti solat sebagai teras utama untuk mencapai kesempurnaan dalam sistem pendidikan.

“Silibus Pasti menekan kepada empat asas utama iaitu berpaksikan kepada akidah yakni berpandukan Rukun Islam dan Rukun Iman.

“Kedua pula mengutamakan keluhuran akhlak yang menjadi asas penting dalam membina peradaban dan tamadun manusia. Ketiga syariat yakni tentang matlamat kewujudan manusia dan hubungan dengan Allah SWT.

“Dan keempat, ilmu yang menjadi asas penting untuk pembangunan dan pembinaan tamadun manusia,” katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Perguruan Pasti Malaysia Ke-12 di sebuah hotel semalam.

Pada majlis tersebut 471 graduan Perguruan Latihan Pasti Malaysia menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. – UPKN