DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan

- Advertisement -

PAS mengikuti perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik.

- Advertisement -

Justeru, PAS membuat pendirian supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah; TIDAK AKAN DIBUBARKAN sehingga tamat tempohnya, bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

“Islam Menyatukan Ummah”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 12 Sha’aban 1443 / 15 Mac 2022 – HARAKAHDAILY 15/3/2022