PRN Johor: Sabar dan tetapkan pendirian

ALLAH S.W.T berfirman:

Advertisement

وَلَمَّا بَرَزُوْا لِجَـالُوْتَ وَجُنُوْدِهٖ قَا لُوْا رَبَّنَاۤ اَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَّثَبِّتْ اَقْدَا مَنَا وَا نْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْکٰفِرِيْنَ 

“Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”.”

(Al-Baqarah: 250)

Alhamdulillah atas segala keadaan.

PRN Johor melabuhkan tirainya. Keputusan telah juga diperolehi. Tahniah kepada wakil rakyat yang dipilih termasuk 3 wakil daripada Perikatan Nasional. Semoga amanah yang diberikan ini dilunasi sebaiknya.

Sebagai jentera yang membantu gerak kerja Pilihan Raya Negeri Johor bagi pihak Perikatan Nasional, sayugia kita boleh menerima keputusan yang diperolehi dengan muhasabah untuk pilihan raya terdekat. Boleh jadi PRN mana-mana negeri atau PRU. Siap siaga perlu diperkemas mulai sekarang.

Jika ditanya adakah saya kecewa dan malu dengan kekalahan DUN Pulai Sebatang selaku Ketua Kontinjen Zon C, jawabnya tentulah tidak. Tidak sama sekali. Almarhum Syed Qutub pernah berpesan:

“Sesungguhnya kemenangan telah ditentukan dan menunggu masa dan keizinan Allah untuk berlaku. Janganlah kamu sibukkan diri dengan masa bilakah ia berlaku, tetapi sayugia sibukkan diri di manakah kedudukan kamu dalam memisahkan hak dan batil.”

Justeru sepanjang 16 hari berkampung di sini dengan susunan gerak kerja harian sehingga tarikh PRN dibantu petugas-petugas yang lain memberikan banyak ruang pengajaran. Pengalaman yang akan menguatkan gerak kerja kemudian hari dan paling penting tunas-tunas Islam mulai bertambah di negeri bangsa Johor ini.

Selamat tinggal Pulai Sebatang. Insya-Allah kami datang lagi.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Kontinjen Zon C, merangkap 
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 14/3/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/106507455187996/posts/142566768248731/