Oleh BASITH SAMAD
SEGAMAT: Di pekan Bakri ramai kaum Tionghua mendedahkan mereka membuang masa hadir pada program kempen BN yang turut dihadiri ahli parlimen Pekan Dato’ Seri Najib Razak semalam.
Sebuah portal berita melapor kaum Cina terbabit pada awalnya menjangka mereka mendapat duit hadir pada program di Medan Selera 568 di Taman Sakeh Baru, namun andaian itu tersasar.
Berikutan itu bekas perdana menteri terbabit meluahkan rasa bangga kerana ramai penduduk Cina hadir pada program disertainya pagi semalam.
Sebaliknya, pada program anjuran Perikatan Nasional (PN) di Dun Jementah seramai 200 penunggang motosikal menerima sumbangan petrol percuma di sebuah stesen minyak semalam.
Ramai masyarakat Cina hadir pada Program Isi Minyak Motor Percuma terbabit.
Bukan sekadar hadir, sebaliknya mereka secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon PN, Maimumah Safwah Musa.
Mengulas perkembangan tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Hendri Hamsah
berkata, sambutan menggalakkan masyarakat tempatan pada program tersebut memberi isyarat rakyat mahu perubahan.
Katanya, rata-rata mereka yang hadir ketika ditemui mahu kerajaan Johor ditadbir kerajaan yang prihatin rakyat dan tidak terpalit rasuah.
“Program berkenaan dianjurkan bertujuan membantu meringankan beban penduduk di kawasan Jementah yang terjejas akibat penularan Covid-19,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya juga sebanyak 200 penunggang motosikal hadir mengisi minyak petrol penuh tangki secara percuma. – HARAKAHDAILY 10/3/2022