Kembang inovasi teknologi sistem penyaman udara

Guna cecair nano berasas graphene ganti air sebagai medium sistem penyejukan

- Advertisement -

ADA beberapa roadmap yang sedang dibangunkan di bawah seliaan saya selaku Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, antaranya Roadmap For Advanced Material seperti composite, graphene serta nanotechnology.

Hari ini saya telah mengadakan lawatan ke Blue Snow Consulting & Engineering Sdn Bhd bagi melihat projek yang dibangunkan dengan kerjasama Nanomalaysia mengenai bahan penyejuk yang berasaskan graphene.

- Advertisement -

Cecair nano berasaskan graphene yang boleh menggantikan air sebagai medium dalam sistem penyejukan – serta kebolehlaksanaan bahan ini untuk digunakan dalam semua sistem penyaman udara komersial berpusat berasaskan pendingin bagi mengurangkan penggunaan tenaga.

Berbanding dengan air, cecair nano berasaskan graphene berupaya meningkatkan pemindahan haba dan mengurangkan penggunaan tenaga (kWh) pada kadar purata 20-30 peratus serta dapat mengurangkan pelepasan karbon dengan ketara.

Ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Malaysia untuk menangani isu perubahan iklim dan menjadi sebuah negara neutral karbon menjelang tahun 2050.

Produk ini juga menjimatkan kos dengan pulangan pelaburan dapat diperoleh dalam masa kurang tiga tahun. Cecair nano ini tidak meninggalkan jejak pemasangan disebabkan bahan ini masih menggunakan infrastruktur paip yang sedia ada

Buat masa sekarang, cecair nano ini sedang diuji cuba untuk sektor industri. Besar harapan saya agar ianya dapat diluaskan penggunaannya kepada sektor domestik yang melibatkan pengguna akhir iaitu rakyat Malaysia.

Dengan adanya teknologi itu kelak, akan banyak berlaku penjimatan penggunaan elektrik dan dapat mengurangkan beban bil utiliti rakyat.

YB DATO’ AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) – HARAKAHDAILY 10/3/2022

- Advertisement -