PN sedia banyak inisiatif prihatin warga emas

- Advertisement -

“MAK Cik tak tahu nak minta tolong kat siapa dah…”

Sayu dengar luahan Mak Cik ini. Boleh tengok sendiri macam mana keadaan rumahnya yang serba kekurangan dan bocor sana sini. Berulang kali dia ucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal yang perbaiki rumahnya yang rosak.

- Advertisement -

Warga emas adalah golongan yang sangat dekat dengan diri saya. Saya tahu, mereka perlukan perhatian dan kawan untuk bercerita keperluan mereka. Saya sebenarnya sangat risau akan kesihatan mereka ini.

Sebab itu antara inisiatif Perikatan Nasional untuk warga emas adalah menyediakan Kad Sejahtera Johor, skim perlindungan takaful warga emas. Skim ini akan diedarkan kepada mereka dalam usaha mempertingkat kesejahteraan warga emas sekiranya Perikatan Nasional diberi mandat untuk mentadbir Negeri Johor ini.

Di bawah Tunjang 4 Keprihatinan Rakyat juga, lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) meliputi aspek kesihatan dan kerohanian di setiap daerah akan diperkasakan. 

Kita faham, mereka ini perlukan juga tempat untuk berehat dan beriadah. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah menaiktaraf taman rekreasi dengan kemudahan mesra warga emas dalam usaha mempertingkat kesejahteraan mereka.

Kita sama-sama berdoa agar kebajikan warga emas ini dapat dipelihara untuk kesejahteraan mereka. Sayangi mereka sementara masih ada. Merekalah yang telah banyak berkorban untuk kita.

CIKGU AZIZ TALIB
(Haji Abdul Aziz bin Talib)
Calon PN N.15 DUN Maharani
PRN Johor – HARAKAHDAILY 9/3/2022

- Advertisement -