Pimpinan berintegriti, rakyat berkualiti

- Advertisement -

PERNAH Abu Zar R.A datang bertemu dengan Nabi S.A.W mencalonkan dirinya, beliau berkata: “Wahai Rasulullah S.A.W, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai?” Abu Zar berkata lagi: “Kemudian Baginda menepuk bahuku dengan tangan Baginda seraya bersabda yang bermaksud:

- Advertisement -

“Wahai Abu Zar! Sesungguhnya kamu ini lemah, padahal jawatan itu merupakan amanah. Sementara kelak jawatan itu akan menjadi kehinaan dan penyesalan, melainkan bagi orang yang berhak menjawatnya serta menjalankan tugasnya dengan benar.”

[Riwayat Muslim (3404)]

Terdapat juga terjadi kisah yang berlaku di zaman Amirul Mukminin Umar al-Khattab. Sewaktu dibawakan harta-harta rampasan perang dari Negara Parsi ke Kota Madinah, beliau merasa sangat kagum dengan harta yang dibawa kerana tidak kurang sedikit pun. Beliau berkata:

إنَّ قوماً بعثوا هَذَا لأَمناء

“Sesunguhnya mereka yang menghantarkan semua ini adalah orang yang sangat amanah!”

Sewaktu itulah Saidina Ali berkata kepada Saidina Umar al-Khattab:

يَا أَمِيرُ المـُؤمِنِين، عَفَفْتَ فَعَفُّوا ولو رَتَعْتَ لَرَتَعُوا

“Wahai Amirul Mukminin, semua ini adalah kerana kau menjaga diri (daripada memakan harta rakyat), lalu mereka pun jadi menjaga diri mereka. Dan sekiranya kau songlap, maka mereka pun akan songlap.”

[Mausu’ah al-Raqaiq wa al-Adab oleh Yasir al-Hamdani, 1 7393].

Sedikit titipan dan perkongsian buat bangsa Johor yang akan mengundi dalam pilihan raya negeri akan datang. Pilihlah pemimpin yang berintegriti, kompeten, berkemampuan dan amanah dalam memacu kemakmuran dan kestabilan negara. 

Didoakan pentadbiran baru akan bertambah cekap dan tinggi integriti serta Islam bertambah gemilangnya.

Demi Bangsa Johor!

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 9/3/2022

- Advertisement -