SYDNEY: Dua mayat mangsa banjir di temui di bahagian barat daya Sydney menjadikan jumlah kematian di negeri New South Wales (NSW), Australia kini mencecah 7 orang.
Pihak polis Sydney dalam satu kenyataan berkata, mayat seorang lelaki dan wanita yang belum dikenal pasti telah ditemui di Hopkins Street berhampiran Toongabbie Creek pada kira-kira jam 8.20 pagi hari ini (8 Mac), tidak jauh dari terusan air di Cooper Creek Wentworthville, lokasi penemuan kereta milik seorang wanita warga emas yang dinaiki bersama lelakinya.
Terdahulu, polis meminta maklumat mengenai Hemathasolhyr Satchithanantham, 67, dan anak lelakinya yang mengidap autisme, Bramooth, 34, selepas kedua-duanya dilaporkan hilang.
Pihak polis telah dihubungi ke lokasi kejadian pada kira-kira jam 4.30 petang Isnin (7 Mac) berikutan laporan sebuah kereta Mazda 3 dengan barangan peribadi milik kedua-dua ibu dan anak lelakinya itu ditemui di dalam kenderaan itu.
Fenomena dikenali sebagai ‘ledakan hujan’ itu berlaku sepanjang Isnin telah melumpuhkan Sydney, dengan cuaca lebih buruk diramalkan pada hari ini (8 Mac).
Pengguna jalan raya telah dinasihatkan untuk mengelakkan semua perjalanan yang tidak penting dengan menggunakan sistem pengangkutan awam di Sydney memberi amaran tentang kelewatan dan kemungkinan pembatalan perjalanan.
Terdahulu, walaupun lebih 10,000 penduduk di barat daya Sydney diarah berpindah, cuaca buruk dengan ledakan hujan bagaimanapun tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan reda.
Jabatan Meteorologi Australia (MetAustralia) meramal dan mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dan angin kencang bakal melanda pada hari ini ke bahagian Hunter, Metropolitan Sydney, Illawarra, pantai selatan, Central Tablelands, Southern Tablelands dan bahagian Mid North Coast, South West Slopes, Snowy Pergunungan dan Wilayah Ibu Kota Australia. – news.com.au