Mengundi untuk buat reformasi pentadbiran

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

PONTIAN:
Rakyat Johor digesa keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini untuk melakukan reformasi pentadbiran.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Awang Hashim berkata reformasi itu sedang berlaku di dalam kerajaan Persekutuan yang tidak didominasi oleh Umno.

“Saya menyeru betul-betullah untuk keluar mengundi buat keputusan, kerana ia begitu penting. Sebab sekarang ini reformasi pentadbiran sedang berlaku terutamanya bila kita ada gabungan pemerintahan yang mana bukan didominasi oleh Umno secara mutlak,” katanya kepada Harakahdaily, di sini.

- Advertisement -

Beliau menambah, kerajaan sekarang terdiri daripada parti Bersatu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), PAS dan Umno.

“Jadi walaupun Umno memerintah dia tidak ada dominan, inilah perkara yang dia paksa kita untuk masuk ke pilihan raya supaya dia dominan dalam pentadbiran dan dia boleh buat keputusan tanpa campur tangan kita.

“Ini kita nak bagi kesedaran kepada rakyat Johor supaya jangan bagi Umno dominan dalam satu pemerintahan akhirnya kita akan membuat kerugian,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Menurutnya lagi, situasi sekarang sedang berlaku reformasi pentadbiran di dalam kerajaan yang menyusun atur untuk meningkatkan integriti.

“Sekarang sedang berlaku reformasi pentadbiran kita sudah mula menyusun atur untuk integriti, kita kurangkan seperti rasuah dan sebagainya, unhealty practice dalam kalangan mereka yang wrong in doing management ataupun prudent management, sedang kita pertingkatkan untuk kebaikan rakyat,” ujarnya.

Katanya, Kerajaan Perikatan Nasional banyak ditumpukan untuk memberi bantuan kepada rakyat ketika menghadapi pandemiki Covid-19.

Tambahnya, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional itu adalah satu bentuk bentuk sosial welfare atau fastabiqul khairat.

“Tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang buat seperti mana Malaysia buat bagi membantu rakyat ketika menghadapi Covid-19 yang dihadapi oleh seluruh dunia,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat Johor agar keluar mengundi walaupun sedang menghadapi varian Omicron.

“Memanglah dari segi pakar kesihatan bahawa dia hanya macam satu fenomena endemik atau kita hidup bersama seperti malaria, denggi dan sebagainya.

“Di akhirnya macam malaria, denggi juga membawa kepada kematian, dan kalau kita kira Covid-19 ini dibandingkan dengan malaria, denggi, taun dan sebagainya ini adalah lebih tinggi kadar kematian dengan Covid-19.

“Kita harap semestinya kita keluar mengundi, patuh SOP, pakai mask, pada ketika nak mengundi itu mungkin diminta untuk pengecaman muka, kemudian kita pakai balik, pakai sanitizer, jaga penjarakan sosial,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pendang. – HARAKAHDAILY 7/3/2022

- Advertisement -