DEWAN Pemuda PAS Negeri Perak amat kesal di atas penganjuran program UBS Band Ipoh pada 4 dan 5 Mac 2022 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak yang mana videonya turut tular telah mengundang kemarahan dan keresahan masyarakat kebanyakan.
DPPN Perak sependapat dengan majoriti masyarakat di Negeri Perak khususnya dan negara Malaysia umumnya bahawa ianya tidak wajar dianjurkan lebih-lebih lagi ketika negara masih berhadapan dengan wabak COVID-19 yang menuntut semua memberikan kerjasama sebaiknya.
Pihak berkuasa juga diseru agar dapat menjalankan siasatan telus dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur jika didapati bersalah. Dalam pada itu, pihak berautoriti juga mestilah bertindak bijak dalam memastikan langkah pencegahan dilaksanakan sebaiknya.
Justeru, DPPN Perak mengajak seluruh masyarakat khususnya anak muda untuk menghentikan budaya ‘Hedonisme’ atau hiburan melampau yang dimurkai Allah S.W.T dan boleh mengundang bala bencana yang tidak diinginkan kita semua.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah serta saling bertanggungjawab dan memainkan peranan dalam membentuk masyarakat sejahtera dengan mengamalkan cara hidup Islam yang akan menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.
“Memacu Perpaduan”
“Legasi Perjuangan”
Sekian, terima kasih
HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 7/3/2022