Pantun Harimau Tunggang

- Advertisement -

HARIMAU kumbang dongak ke awan, 
Terhenti langkah di ranting mati,
Wang ringgit juga mereka pandang,
Tiada dinilai jasa dan budi.

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Kalau terima kleptokrasi,
Punah budi hilanglah bangsa.

- Advertisement -

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang sakit itik serati,
Yang dipilih tiada makna.

Sirih pinang gagang menguning,
Mari tanam belukar sana,
Belang harimau hitam kuning,
Jangan tuan menunggang ia.

Payah kami menabur padi,
Nenas juga ditanam orang,
Baik baik tuan mengundi,
Jangan dibenar rasuah menang.

Banyaklah rajut perkara rajut,
Rajut bertali bunga bercanggah,
Banyaklah sujud perkara sujud,
Sujud sejati kepada Allah.

Ikan todak melanda Singapura,
Habis dikerat dicincang lumat,
Jangan khianat pada manusia,
Dunia akhirat tiada selamat.

Burung punai dipohon nangka,
Padi tapis di atas talam,
Buang undi biar bijaksana,
Tunggang harimau tunggulah dibaham.

MOHD HUSHAIMI HUSSIAN – HARAKAHDAILY 3/2/2022

- Advertisement -