Sedia berbakti untuk penduduk DUN Simpang Jeram

- Advertisement -

BILA saya kata calon anak tempatan ada kelebihan ini bermakna saya benar benar maksudkannya. Saya lahir di Sabak Awor di dalam Parlimen Bakri. 

Jatuh dan bangun saya di sini, jika tidak jadi wakil rakyat pun saya tetap akan terus berada di sini berkhidmat kepada rakyat Simpang Jeram dan Parlimen Bakri.

- Advertisement -

Sejak 2008 bila balik daripada Al Azhar Mesir, saya meniti jalan berliku dalam suka duka hidup berjuang di bumi Johor ini. 

Saya melihat anak muda mesti diberi pengetahuan dan keberanian untuk memilih yang terbaik. Kali ni kami bergerak secara berpasukan, pasukan Perikatan Nasional (PN).

Nah, mereka pasti memandang enteng kerana kita baru. Tapi rakyat pun beri mesej jelas mahu perubahan. Kita tidak mahu bila mandat diberi, kelak bila bergaduh seperti apa yang berlaku, terus nak bubar, ini menyusahkan rakyat. 

Rakyat khususnya anak muda di Johor betul-betul mahukan pembelaan seorang Yang Berhormat yang ada setiap masa, khidmat bakti secara penuh kepada rakyat.

Saya tidak akan sesekali menghampakan rakyat Simpang Jeram. Ini adalah tanah air tempat saya membesar, takkanlah saya mahu biarkan. Lagipun saya mengajar di surau surau, masjid sebagai guru takmir yang bertauliah. Saya sedar ini adalah cabarannya. Ia baru bermula.

Kelak, saya seru agar mesej saya sampai kepada orang muda di Simpang Jeram dan seluruh Johor. 

Calon Perikatan Nasional semuanya berintegriti dan bebas kes mahkamah. Kami disaring oleh pihak SPRM dan badan insolvensi agar tiada rekod yang mencurigakan. 

Saya hanya guru agama, tetapi semangat saya dan usia muda saya akan saya pertaruhkan demi membawa dan membela nasib rakyat khususnya di Simpang Jeram ini!

Insya-Allah kepada Allah saya berserah dan kita teruskan kempen sehabis mungkin!

Jangan lupa intai-intai dan berikan kepercayaan dan peluang kepada saya Calon No.2 Perikatan Nasional DUN N.13 Simpang Jeram untuk berbakti!

“Luaskan Kuasamu Simpang Jeram”

ZARUL SALLEH
Calon PN N.13 Simpang Jeram
PRN Johor – HARAKAHDAILY 2/3/2022

Sumber Asal: