PN mengutamakan kepimpinan berintegriti

- Advertisement -

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) akan terus memastikan bahawa kerajaan yang rakyat Negeri Johor akan pilih pada PRN Johor pada kali ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang amanah dan berintegriti.

Bagi anak muda di luar sana, pastikan pilihan anda pada kali ini adalah pilihan yang betul dan tepat. Jangan tertipu dengan janji manis dan jangan lupa dengan sejarah yang pernah melanda negara kita.

- Advertisement -

Zahirkan usaha dan sokongan anda untuk melahirkan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang lebih baik, kompeten dan berintegriti dengan turun mengundi pada hari pengundian nanti. 

Pengundi perlu bijak untuk memilih pemimpin yang dipercayai, mempunyai kredibiliti dan berintegriti. Pastikan pangkah anda itu akan membawa kepada sebuah kerajaan yang berkebajikan untuk rakyat Johor. Mandat rakyat adalah sebuah kepercayaan kepada seorang pemimpin.

Kerajaan Perikatan Nasional akan terus memastikan bahawa inilah kerajaan yang menjamin kebajikan rakyat. PN akan memberikan sebuah pentadbiran yang lebih telus dan efisien.

PN sebagai parti berintegriti bukannya omong kosong. PAS yang menjadi antara teras PN sudah terbukti bersih. Setakat hari ini tiada pemimpin parti PAS yang disabitkan dengan kesalahan pecah amanah.

Di negeri tadbiran PAS seperti Kelantan. Urusan kewangan negeri tidak berlaku ketirisan dan pembaziran wang. Semenjak 32 tahun mentadbir Kelantan, sifar kes rasuah dicatatkan melibatkan pemimpin PAS yang menguruskan negeri.

Apa yang berlaku di Kelantan tidak mustahil. Anda mampu menikmatinya dengan memilih pihak yang betul dan tepat. 

Pilih PN untuk selamatkan wang anda daripada dirompak.

PEMUDA PERIKATAN NASIONAL – HARAKAHDAILY 2/3/2022

- Advertisement -