Krisis Ukraine: Menteri-Menteri Luar liga Arab adakan sidang tergempar

- Advertisement -

KAHERAH: Menteri-Menteri Luar liga Arab mengadakan pertemuan di sini pada hari ini, Isnin (28 Feb) bagi membincangkan mengenai isu serangan Rusia ke atas Ukraine.

Timbalan Ketua pertubuhan yang berpangkalan di Kaherah, Hossam Zaki berkata, sesi perbincangan akan diadakan di peringkat menteri-menteri luar.

- Advertisement -

Terdahulu, Emiriyah Arab Bersatu, anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut Rusia mengundurkan tenteranya dari Ukraine.

Dalam pada itu, Syria, Algeria dan Sudan sebelum ini dikaitkan dengan Rusia melalui perjanjian ketenteraan.

Sebilangan negara Arab pula sangat bergantung kepada bekalan gandum dari Ukraine dan Rusia, dan sebarang kekurangan bijirin ruji berpotensi mencetuskan krisis ekonomi. Jika bekalan itu terganggu, kesannya terutamanya akan menaikkan harga roti

“Krisis Ukraine boleh mencetuskan protes dan ketidakstabilan baharu di rantau Arab,” ujar kenyataan Institut Timur Tengah yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat.

Sementara itu, ketika ini beribu-ribu pelajar Arab terkandas di Ukraine, dengan ramai daripada mereka berlindung di kediaman masing-masing dan merayu bantuan negara masing-masing untuk melarikan diri daripada krisis berkenaan. – AFP 

- Advertisement -