
RIYADH: Arab Saudi sedang dalam persiapan terakhir untuk menyertai latihan ketenteraan, Cobra Warrior 2022 di Pangkalan Udara Coningsby di United Kingdom yang bakal berlansung pada bulan Mac ini.
Kementerian Pertahanan Saudi dalam kenyataannya berkata, ia adalah susulan lawatan Timbalan Komander Tentera Udara Diraja Saudi, Mejar Jeneral Talal bin Suleiman Al-Ghamdi ke Pangkalan Udara Raja Fahd di Sektor Barat di sini pada Khamis (24 Freb) untuk meninjau persiapan latihan ketenteraan berkenaan.
Sebilangan pesawat tempur Tentera Udara Diraja Saudi Typhoon akan mengambil bahagian, bersama dengan kru udara, teknikal dan sokongan mereka yang lain.
Al-Ghamdi diberi taklimat mengenai perkembangan terkini oleh komander kumpulan tentera udara yang mengambil bahagian, Kol. Fahd bin Mohammed Al-Rajhi.
Beliau juga bertemu dengan para peserta dan menggesa mereka untuk menggunakan sepenuhnya latihan itu bagi meningkatkan kemahiran pertempuran dan sokongan mereka, sambil menyeru agar mereka mematuhi semua langkah berjaga-jaga terhadap Covid-19.
Menurut Al-Rajhi, latihan itu bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara Tentera Udara Diraja Saudi, Tentera Udara Diraja UK dan tentera dari negara-negara lain yang mengambil bahagian.
“Ia juga bagi menggalakkan pertukaran kepakaran dan membangunkan usaha bersama dalam perancangan dan pelaksanaan untuk menangani pelbagai ancaman menggunakan persekitaran peperangan elektronik yang menyerupai realiti,” ujarnya. – Arab News
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!