Ramasamy serlah sikap anti-Islam

- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Perak mengambil serius terhadap tuduhan dan dakwaan kosong yang dilemparkan oleh pimpinan DAP, P. Ramasamy dalam isu pengislaman ketiga-tiga anak Puan Loh Siew Hong secara sukarela.

Dakwaan beliau yang memberi gambaran palsu terhadap realiti sebenar, menggambarkan beliau seolah-olah sengaja menimbulkan konotasi negatif terhadap keharmonian dan kebaikan Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia.

- Advertisement -

Kami mengajak supaya semua pihak menyedari bahawa isu ini berikutan hak anak-anak Puan Loh, yang telah memeluk Islam secara sukarela. Pengislaman ini juga tidak ditentang oleh ibunya sendiri di peringkat awal sehinggalah anak-anak tersebut berjaya mendalami pendidikan Islam.

Namun, disebabkan campur tangan pimpinan utama DAP, menyebabkan isu ini dibangkitkan semula melalui tuntutan habeas corpus. Termasuklah, P. Ramasamy mendakwa bahawa kes ini membabitkan penculikan dan paksaan memeluk Islam.

Dakwaan pimpinan utama DAP ini menggambarkan sikap anti-Islam, yang tidak sepatutnya ada bagi memelihara keharmonian negara ini.

‘Ulamak Pemangkin Kesatuan Ummah’
‘Ulamak Memimpin Muafakat Umat’
‘Islam Menyatukan Ummah’

USTAZ IBRAHIM ZAKARIA
Ketua
Dewan Ulamak PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 22/2/2022

- Advertisement -