Bersalin: JAKIM tambah baik Peraturan Kafa 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa Peraturan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Tahun 2022 telah ditambah baik, kata Ketua Unit Komunikasi Korporatnya, Zakaria Othman.

- Advertisement -

Beliau berkata, ini dengan memasukkan perkara 42.1 (a) (iv) berkenaan cuti bersalin berelaun selama enam puluh hari bagi guru Kafa wanita yang bersalin dan diberi sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuatkuasa.

“Pemberian elaun ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, katanya JAKIM telah memaklumkan berkenaan perkara itu kepada semua agensi pelaksana Kafa di negeri-negeri melalui surat siaran bertarikh 9 Februari lalu. – HARAKAHDAILY 11/2/2022

- Advertisement -