Waris arwah amilin terima manfaat SkimPAS

- Advertisement -

KAMPAR: PAS Kawasan Kampar telah menyerahkan manfaat khairat kematian Skim Perlindungan Ahli PAS (SkimPAS) kepada tiga waris arwah amilin sempena Liqa’ Fikri PAS Kampar di Dewan Haji Khusaini, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Serahan replika cek bernilai RM10,000 kepada para waris antaranya Allahyarham Mohd Husain Abdul Hamid, Mohamad Zakri Hasim dan Ridzuan Rashid telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kampar, Ustaz Mohd Sofian Rejab. 

“Saya menyarankan agar setiap ahli PAS Kampar menyertai SkimPAS dan usaha untuk memperkenalkan SkimPAS ini perlu dilakukan dalam setiap program PAS ketika pertemuan bersama ahli-ahli PAS di semua peringkat,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, dengan mencarum hanya RM55 bagi setahun, pelbagai manfaat akan diperoleh sekiranya berlaku musibah seperti kematian dan kemalangan, sekali gus dapat meringankan beban waris.

Ustaz Sofian juga berharap agar lebih ramai lagi ahli yang akan menyertai skim ini kerana tujuan SkimPAS diwujudkan adalah untuk menjaga kebajikan ahli dan juga ahli keluarga mereka sekiranya ditimpa musibah.

SkimPAS mula diperkenalkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat pada tahun 2014 dengan tiga objektif utama iaitu menjaga kebajikan ahli, menjana dana kebajikan dan sebagai mekanisma kempen penambahan ahli baharu.

Ahli PAS yang ingin mencarum dan mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Perunding SkimPAS Kawasan Kampar, Ustaz Khairul Alimi di talian 013-5004506. – HARAKAHDAILY 1/2/2022

- Advertisement -